Profit Equalisation Reserve Disclosure



Profit Equalisation Reserve Disclosure
(English Version)

DEAR VALUED CUSTOMER,

In compliance with Bank Negara Malaysia Guideline, kindly be informed that in relation to your Mudharabah-based Account, the Bank is applying the Profit Equalisation Reserve (PER) mechanism  as a risk management tools to mitigate the *Displaced Commercial Risk (DCR) which the Bank is exposed to for accounts under the Mudharabah concept.

* DCR refers to the risk arising from the assets managed on behalf of the account holders which may be borne by the Bank’s own capital, when the Bank foregoes part or all of its share of profits on the account holders’ funds, and/or make transfer to account holders’ out of the shareholders’ fund investment profits as a result of commercial and/or supervisory concerns in order to increase the return to the account holders.
                                                                                                                                            
This mechanism allows the Bank to appropriate a portion of the Bank’s gross income into a reserve account i.e the PER, before distributing to the account holders and the Bank in months where profit exceeds the Bank’s expectations; and to draw funds from this reserve in months where profit is below the Bank’s expectation, to maintain the consistency of the profit rates. The amount shall be used solely for DCR mitigation purposes. In addition, the Bank may from time to time at the Bank’s discretion use any part of the Bank’s profit from other sources to add to the gross income derived from the depositors’ funds, in order to increase the profit rates.

You hereby agree and consent :

  1. To waive your rights over the immediate undistributed portion of profit to be appropriated for the creation of PER.
  2. That the PER may subsequently be distributed as part of future returns to you or  other account holders in the pool.
  3. That at any point in time, any outstanding PER shall belong exclusively to all existing identifiable account holders.
  4. To allow the Bank to reinvest the  PER in low risk investments; and
  5. To allow distribution of PER as special dividend based on the Bank’s discretion.

Should you disagree to the above, kindly visit our branch and provide us with instructions to have your Mudharabah-based account to be transferred to another account which does not apply the PER mechanism.

(Versi Bahasa Melayu)

PELANGGAN YANG DIHORMATI,
 
Sebagai mematuhi Garis Panduan Bank Negara Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa sehubungan dengan Akaun berasaskan Mudharabah anda, pihak Bank menggunakan mekanisme Rizab Penyamaan Keuntungan (RPK) sebagai salah satu cara pengurusan risiko untuk mengurangkan *Risiko Komersil Teralih (DCR) yang pihak Bank terdedah untuk akaun di bawah konsep Mudharabah.

  • DCR merujuk kepada risiko yang timbul daripada aset-aset yang diuruskan bagi pihak pemegang-pemegang akaun yang mungkin akan ditanggung oleh modal pihak Bank, apabila pihak Bank melepaskan sebahagian atau sepenuhnya peratusan keuntungan pihak Bank dari dana pemegang-pemegang akaun, dan/atau melakukan pemindahan kepada pemegang-pemegang akaun daripada keuntungan pelaburan dana pemegang-pemegang saham hasil daripada kekhuatiran komersil dan/atau seliaan  dalam usaha untuk menaikkan kadar pulangan kepada pemegang-pemegang akaun.

Mekanisme ini membenarkan pihak Bank untuk memperuntukkan sebahagian pendapatan kasar Bank ke akaun rizab seperti RPK, sebelum dibahagikan kepada pemegang-pemegang akaun dan pihak Bank dalam bulan di mana keuntungan adalah melebihi jangkaan pihak Bank; dan mengeluarkan dana-dana daripada rizab ini dalam bulan di mana keuntungan adalah di bawah jangkaan pihak Bank, untuk mengekalkan kadar keuntungan yang  konsisten. Amaun tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan pengurangan DCR. Selain itu, pihak Bank dari semasa ke semasa boleh menggunakan mana-mana bahagian keuntungan daripada sumber-sumber yang lain, atas budi bicara pihak Bank, untuk menambah ke dalam pendapatan kasar yang diperolehi daripada dana penyimpan, bagi meningkatkan kadar keuntungan.

Anda dengan ini bersetuju dan memberi kebenaran:

  1. Untuk mengenepikan hak-hak anda ke atas bahagian keuntungan yang tidak diagihkan serta-merta bagi peruntukan untuk pembentukan RPK.
  2. RPK tersebut kemudiannya boleh diagihkan kepada anda atau pemegang-pemegang akaun yang lain di dalam kumpulan sebagai sebahagian daripada pulangan masa depan.
  3. Pada bila-bila masa, mana-mana RPK yang belum dibayar adalah dipunyai oleh semua pemegang-pemegang akaun sedia ada yang dikenal pasti.
  4. Untuk membenarkan pihak Bank untuk melabur semula RPK tersebut di dalam pelaburan yang berisiko rendah.
  5. Untuk membenarkan pengagihan RPK sebagai dividen khas berdasarkan kepada budi bicara pihak Bank.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan perkara di atas, sila lawati cawangan kami dan berikan kami arahan untuk memindahkan akaun berasaskan Mudharabah kepada akaun lain yang tidak menggunakan mekanisme RPK.